www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

PPKAS

PPKAS STUDENT BOARD 2010

Wednesday, October 13, 2010

AGM 2010

.....13 oktober 2010......

...PPKAS STUDENT's BOARD ANNUAL GRAN MEETING TELAH DIADAKAN...

...DENGAN RASMINYA PERSATUAN PELAJAR PPKAS SESI 09/10 TE;AH DIBUBARKAN....

...BARISAN PERSATUAN PELAJR PPKAS YANG BARU TELAH DILANTIK......

...MINTA SOKONGAN SEPENUHNYA DIBERIKAN KEPADA BARISAN KEPIMPINAN YANG BARU.....


~sekian~

Monday, July 12, 2010

RALAT

Assalamualaikum and salam sejahtera..

Untuk makluman semua, buletin ppkas ini akan di "update" kembali dalam masa yang terdekat. Kami akan memaparkan kembali aktivi2 lepas yang telah dijalankan oleh Persatuan Pelajar dan lain2. kami ingin memohon maaf diatas ketidak aktifan blog ini diatas sebab2 yang idak dapat dielakkan.

Tuesday, January 26, 2010

PPKAS INTER-BATCH BOWLING TOURNAMENT 2010



24 JANUARI 2010..bertempat di SENTOSA BOWL, Plaza Sentosa Alor Star Kedah dengan jayanya telah berlangsung PPKAS INTER-BATCH BOWLING TOURNAMENT 2010. Kejohanan tersebut telah disertai 48 orang peserta yang terdiri daripada siswa/i Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, dan staf.




Kesemua peserta telah menunjukkan kemampuan dan bakat masing-masing dalam sukan bowling. Dan ternyata ramai siswa/i PPKAS yang berkebolehan dalam sukan bowling ini. Kejohanan ini lebih menarik apabila meneriam penyertaan dari Dekan PPKAS Dr. Khairul Nizar dan juga siswa/i tahun 3 yang sedang menjalani Latihan Industri(LI).





Siswa tahun 1 kej.Alam Sekitar telah memenangi kejohanan ini dan menerima wang tunai RM100+Hamper. Tempat Kedua pula telah disandang oleh siswa tahun 1 kej.bangunan dan tempat ketiga dimenangi oleh siswa tahun 2 kej.bangunan. Bilangan jatuhan pin terbanyak dilakukan oleh Haris Harun dari kej. bangunan.




Monday, January 25, 2010


Izzati Tempat Kedua Pidato Piala Naib Canselor UniMAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..Pada 24 Januari 2010 sejarah telah tercipta buat PPKAS kerana dua orang wakil dari PPKAS telah berjaya mengharumkan nama Pusat Pengajian dengan memenangi tempat kedua dan saguhati dalam Pertandingan Pidato Piala Naib Canselor UniMAP 2010.
Nur Izzati Binti Mohd Sobri yang memberikan persembahan yang menarik dengan tajuk pidato beliau "Budaya Bangsa Malaysia Mekanisme Perpaduan" telah memberi tempat kedua kepada beliau di belakang Mas Idayu dari PPKSE..Manakala bagi Mohammad Azim Bin Rosle yang mempersembahkan pidato beliau yang bertajuk "1 Malaysia Menjamin Kesejahteraan Negara" mendapat saguhati dalam acara tersebut.Namun persembahan beliau pada hari itu tetap menarik dan bersemangat.

Tahniah diucapkan kepada dua orang wakil ini. Moga kejayaan mereka memberi inspirasi kepada diri mereka sendiri dan pelajar-pelajar PPKAS untuk mencuba lagi pada pertandingan akan datang.

HIDUP PPKAS!!!!

Saturday, January 23, 2010




Peserta PPKAS berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Piala Naib Canselor UniMAP 2010

Pada 22,23, dan 24 Januari 2010 telah diadakan pertandingan Pidato Piala Naib Canselor bertemakan 'UniMAP Juara Perpaduan' yang mana dianjurkan oleh Kelab Debat dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP. Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) juga tidak ketinggalan untuk menhantar empat (4) orang wakil bagi merebut kejuaraan tersebut yang dipecahkan kepada dua (2) kategori iaitu kategori Bahasa Melayu dan kategori Bahasa Inggeris. Peserta-peserta yang mewakili PPKAS adalah :


Bahasa Melayu:

  1. Mohamad Azim Bin Rosle (Tahun Satu)
  2. Nur Izzati Binti Mohd Sobri (Tahun Satu)
  3. Mohammad Rizam Bin Che Beson (Tahun Empat)
Bahasa Inggeris:
  1. Ernie Musliana Binti Mustazaidi (Tahun Satu)
Pada 22 Januari 2010 kesemua peserta pidato PPKAS telah ke Dewan Kg. Wai bagi mendengar taklimat dan cabutan nombor giliran. Apa yang menariknya, kesemua peserta kategori Bahasa Melayu telah menjadi tiga (3) peserta yang terawal dari 19 orang untuk mempersembahkan pidato mereka yang diterajui oleh Rizal (1), Izzati (2) dan Azim (3). Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris, Ernie menjadi peserta keempat (4) dari tujuh (7) orang peserta. Keseluruhannya kesemua peserta PPKAS mendapat giliran 1,2,3 dan 4...adakah ini petanda yang baik kepada mereka???

Pada 23 Januari 2010 kesemua peserta bergerak ke Kg. Wai dengan menaiki bas pada jam 8.00 pagi. Acara bermula pada jam 9.15 pagi dengan para peserta Bahasa Melayu bertanding di Dewan Kg. Wai dan peserta Bahasa Inggeris bertanding di DKY3. Pertandingan berlansung selama enam (6) jam ditambah dengan waktu rehat dan pada jam 3.00 petang..keputusan lima (5) peserta yang akan ke peringkat akhir diumumkan oleh juri.

Dua orang wakil dari kategori Bahasa Melayu telah berjaya memasuki peringkat akhir. Dua orang peserta tersebut adalah:

  1. Nur Izzati Binti Mohd Sobri
  2. Mohamad Azim Bin Rosle
Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris, nasib tidak menyebelahi kerana tiada wakil dari PPKAS yang dapat ke akhir. Namun usaha yang diberikan oleh saudar Ernie amatlah dihargai. Tahniah kepada beliau.

Kepada dua orang wakil yang layak, mereka akan bertanding pada 24 Januari 2010 yang akan disaksikan sendiri oleh Y. BHG. BRIG. JAN. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP.

Moga peserta-peserta ini dapat memberikan yang terbaik seterusnya menjulang kejuaraan dan menharumkan nama PPKAS...


Friday, January 15, 2010

TAZKIRAH ~~mesti baca..!!~~

MENGAPA DIWUJUDKAN NERAKA...??

Assalamualaikum..Salam Sejahtera,,Salam 1malaysia..bagaimana study sahabat2 semua awal sem ni?? Hope ok la kan..bak kata orang pengakhiran dan kejayaan seribu langkah bermula dari langkah pertama. Meskipun sibuk dengan assignment dan lab report yg semakin banyak pihak editor BULETIN PPKAS dengan sedaya upaya, dan sukacitanya memperkenal dan mengadakan slot tazkirah. Moga2 dengan kehadiran slot ini sedikit sebanyak dapat menemani anda dikala anda ingin sekali skala merehatkan minda anda setelah "letih" saban hari belajar..

Okey sahabat2 semua...Pada hari ini,,saya ingin berkongsi sedikit pengalaman. Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Cerita ini berlaku dalam negeri saya sendiri, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga. Sekian...Semoga kisah ini memberikan sedikit pengajaran..Assalamu'alaikum...

editor,exco kebajikan kerohanian

Tuesday, January 12, 2010

what new..???

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


apa yang bakal tiba Januari ini???


*KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PPKAS*

~Cadangan tarikh adalah pada penghujung bulan Januari.

~Dialu-alukan penglibatan daripada semua siswa/i PPKAS dan juga staf.

~Jom..!! sama2 kita keluar beriadah, menghilangkan tekanan kerja dan assignment.


*PROGRAM BIJAK KALKULATOR*

~Mengikut perancangan akan diadakan pada bulan Januari ini. Tarikh yg tetap masih dlm perbincangan.

~Bengkel mengenai fungsi2 kalkulator saintiifik dan cara mengunakannya.

~Penglibatan siswa/i PPKAS

~Jangan lepaskan peluang ini. Pelajari perkara2 menarik yg boleh dibuat dengan kalkulator anda.


*LI UPDATES*

~Blog master akan cuba untuk menghubungi siswa/i tahun 3 PPKAS yg sedang menjalani latihan industri untuk menceritakan perkembangan terbaru mereka.

~Kami berpendapat ia adalah 1 perkara yg menarik terutama kpd siswa/i tahun 2 yg bakal menjalani latihan industri pada 2011.

~Segala perkembangan terbaru mereka akan di update kan di dlm blog ini.


*JUALAN DI PPKAS*

~Persatuan Pelajar PPKAS akan mengadakan sedikit jualan bagi menjana kewangan bagi aktiviti pelajar PPKAS.

~Diharap semua siwa/i dapat memberikan sokongan.
 
BULETIN PPKAS. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.