AKTIVITI: KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PPKAS
TARIKH: 23 OKTOBER 2009
TEMPAT: GELANGGANG D'FUTSAL
Pada pukul 7.45 malam hari Jumaat, 23 Oktober 2009, semua pelajar PPK Alam Sekitar yang telah menghantar borang keahlian telah berkumpul di Dewan Terbuka Wang Ulu untuk menaiki bas ke Gelanggang D’Futsal.
Pada pukul 8.10 malam, bas mula bertolak ke destinasi yang ditetapkan.
Setelah tiba di Gelanggang D’Futsal, para peserta kemudiannya diberi sedikit taklimat mengenai peraturan-peraturan permainan. Kemudian para peserta melakukan regangan badan bagi mengelakkan kecederaan ketika bermain.
Pada jam 8.45 malam, permainan futsal bermula secara liga. Setelah juara liga dan naib juara ditentukan, perlawanan diteruskan ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhirnya ke peringkat akhir. Juara bagi kumpulan mahasiswa adalah Kumpulan Yusuf Taiyob manakala bagi kumpulan mahasiswi dimenangi Kumpulan EAT407.Tepat jam 11.00 malam program ini berakhir dan semua peserta kembali ke kolej kediaman masing-masing.

Program ini mempunyai banyak faedah dan manfaat yang mungkin kita tidak
memikirkannya. Antaranya adalah dapat megeratkan hubungan hubungan
antara pelajar terutamanya siding akademik 2009/2010. Selain itu ia dapat
merapatkan lagi lagi ukhwah diantara pelajar dan semua warga PPK Alam
Sekitar. Apa yang lebih penting, kejohanan ini dapat membentuk semangat
kesukanan dan berpasukan serta membina keyakinan diri pelajar bagi
Menghadapi cabaran.
0 comments:
Post a Comment