kehilangan arwah Bilal memberi kesan kpd rakan2 di PPKAS. Arwah merupakan seorang rakan yg disenangi rakan sekelas. walaupun pertemuan dengan arwah adalah singkat iaitu hanya 1 semester, akan tetapi pemergian arwah amat dirasai terutama bg siswa/i tahun 2 Kej. Alam Sekitar. Arwah merupakan seorang yg ceria, mudah utk didekati dan sentiasa tersenyum. Arwah dianggap sebagai seorang abang bg kami. Antara kenagan manis kami bersama arwah ialah pada Ramadhan yg lepas. Arwah antara yg byk bertungkus lumus membantu kami mengadakan BBQ sempena majlis berbuka puasa. Kesungguhan dan kerjasama yg diberikan oleh arwah membuatkan arwah akan sentiasa diingati dan dikenang.....
Pada 2 Januari yg lepas, seramai 33 orang siswa/i tahun 2 Kej. Alam Sekitar telah menziarahi keluarga arwah di Sungai Besar, Sabak Bernam. Sumbangan derma dari warga PPKAS dan kutipan yg dibuat oleh MPP turut diserahkan kpd keluarga arwah. Kami berasa terharu dengan sambutan yg diberikan oleh keluarga arwah. Lebih membuatkan kami terharu apabila ibu arwah menghidangkan kami makanan kegemaran arwah. Rasa pilu dihati tidak dapat ditahan tatkala kami melihat arwah ibu menitiskan air mata. Perasaan sedih kami adalah tidak seberapa jika dibandingkan dengan perasaan yg dirasai oleh kedua ibu bapa arwah. Dalam nada sebak, ibu arwah tabah menceritakan tentang arwah kpd kami. Kami sedaya upaya utk menahan tangisan kami demi menjaga perasaan keluarga arwah. Akan tetapi,perasaan tersebut tidak dapat lagi dibendung di saat ayahanda arwah mengucapkan terima kasih kpd kami kerana menziarahi mereka dan memohon maaf bagi pihak arwah. Pada pukul 4.30 ptg, adik kpd arwah membawa kami ke pusara arwah. Hujan gerimis dan alunan ayat2 suci Al-Quran yg dipasang di masjid di hadapan kawasan perkuburan sementara menunggu azan solat Asar mengiringi kunjungan kami. Perasaan seolah2 tidak percaya bahawa sahabat yg dikenali telah kembali kepada Yang Maha Esa, tatkala kami melihat pusara arwah. Akan tetapi kami redha dengan segala ketentuan Ilahi. Sahabat karib kpd arwah iaitu Arwah Mohd Shukri yg turut terkorban dalam nahas yg sama dikebumikan disebelah pusara arwah Bilal. Al-Fatihah disedekahkan kpd Allahyarham Mohd Bilal dan Allahyarham Mohd Shukri.......Semoga roh kedua-duanya ditempatkan di tempat2 org yg beriman dan dicucuri rahmat. AL- FATIHAH..........
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
0 comments:
Post a Comment